MOHD. HAFEEZ MOHD. NIZAM
UKM, Bangi
Disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 28/7/2008
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0728&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm
DENGAN dunia yang kini menghadapi situasi yang kian menjurus kepada inflasi, isu pembangunan dan kemiskinan, mata pelajaran ekonomi dilihat semakin penting dalam membentuk pelajar yang tahu menilai perkembangan semasa ekonomi berasaskan pendekatan teori dan praktikal.
Pensijilan Terbuka yang diamalkan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membolehkan pelajar mengambil mata pelajaran yang diingini mengikut kehendak dan kemampuan mereka namun ia tidak menjadi satu motivasi bagi pelajar mengambil subjek Ekonomi sebagai subjek elektif.
Apabila mata pelajaran Ekonomi menjadi mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan negara, ia akan dapat melahirkan pelajar yang tahu menilai situasi ekonomi yang berlaku dan mewujudkan daya berfikir yang kritis selari dengan tuntutan masa ini yang mementingkan ekonomi berasaskan pengetahuan.
Langkah ini jika direalisasikan kelak akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar jurusan sastera bahkan pelajar jurusan sains.
Mata pelajaran Ekonomi dilihat relevan menjadi mata pelajaran teras berasaskan beberapa faktor.
Pertamanya, dasar negara yang menggalakkan budaya keusahawanan akan disokong dengan wujudnya mata pelajaran Ekonomi di peringkat sekolah dan ini akan membuka peluang kepada semua pelajar menceburi bidang keusahawanan.
Kedua, mata pelajaran Ekonomi kelak akan melahirkan pelajar yang tahu menilai sesuatu asas polisi ekonomi daripada kaca mata teori dan praktikal, bukannya berdasarkan pendekatan tanggapan semata-mata.
Hal ini akan melahirkan pelajar yang mampu berhujah daripada aspek ekonomi dalam menyelesaikan isu seperti inflasi dan kemiskinan.
Ketiga, ekonomi merupakan cabang sains sosial yang penting dalam kehidupan.
Kehidupan seharian berkait rapat dengan ekonomi dan mata pelajaran Ekonomi wajar dijadikan mata pelajaran teras bagi memastikan pelajar tahu situasi yang dihadapi negara dalam menggubal sesuatu dasar berkaitan ekonomi.
Keempat, senario ekonomi negara dan dunia yang berhadapan dengan fenomena ekonomi yang mencabar menuntut kepada kejituan pelajar yang tahu menilai dan menjadi ejen menyebarkan maklumat situasi yang benar kepada masyarakat berasaskan pendekatan teori ekonomi.
Kelima, ia akan menjadikan pelajar lebih kompetitif dengan memiliki tambahan ilmu sains sosial yang berguna untuk kehidupan mereka kelak.
Dalam melaksanakan polisi ini, rombakan semula mata pelajaran ekonomi perlu dilakukan bagi membezakan mata pelajaran ekonomi teras dan ekonomi asas yang menjadi elektif selama ini.
Mata pelajaran Ekonomi teras yang dicadangkan kepada semua pelajar perlu lebih menekankan aspek ekonomi semasa dan analisis yang bercorak aplikasi bagi memudahkan penerimaan pelajar yang bukan daripada aliran sastera.
Mata pelajaran Ekonomi dilihat menjadi satu keperluan kepada para pelajar dalam menghadapi dunia yang berasaskan pengetahuan dan kemahiran. Usaha ini dilihat akan mewujudkan masyarakat yang lebih peka terhadap perubahan iklim ekonomi yang kian mencabar dalam jangka panjang.
Monday, November 29, 2010
Pertemuan UMNO-Pas langkah bijak
Tulisan ini telah disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 16 July 2008
Nama Penulis: Mohd Hafeez Nizam
Bandar Seri Permaisuri
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0716&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm
CADANGAN mempertemukan dua parti politik yang rata-rata dianggotai oleh orang Melayu dan Islam adalah satu langkah bijak dalam memperkasakan rakyat. Kesediaan kedua-dua presiden parti ke arah mengadakan perbincangan ini akan membawa kepada kebaikan semua pihak.
Perbezaan fahaman politik seharusnya diketepikan dalam usaha kita mencapai muafakat demi kebajikan rakyat. Medan pertemuan sedemikian lebih relevan dalam mewujudkan persefahaman saudara sesama Islam.
Perbincangan terbuka sedemikian akan meningkatkan persefahaman sesama orang Melayu biarpun berbeza fahaman politik. Isu berbangkit yang diketengahkan Pas selama ini perlu dirungkai melalui pertemuan ini. Inilah medan bagi Pas menyuarakan pandangan mereka dan bertindak sebagai ejen pembela rakyat bersama kerajaan.
Pas perlu bersifat lebih terbuka dalam berbincang berkaitan isu perpaduan. Bersifat rasional dan belajar berbincang ke arah kemajuan rakyat. Berkaitan kebajikan rakyat, cita-cita politik berasaskan pelan Pakatan Rakyat perlu diketepikan bagi memberi ruang percambahan idea bersama UMNO.
Saya yakin Pas tidak sanggup menggadaikan perpaduan orang Melayu semata-mata memenuhi tuntutan cita-cita Pakatan Rakyat.
Di pihak UMNO pula, perlulah memberi ruang secukupnya bagi Pas melontarkan hujah rasional mereka. Pihak UMNO selaku kerajaan perlu menjelaskan situasi sebenar yang dihadapi negara bagi merungkai kecelaruan persepsi pembangkang berkaitan pelbagai isu termasuk kenaikan harga minyak yang melanda seluruh dunia.
Perbalahan politik antara kedua-dua parti selama ini tidak menguntungkan rakyat dan ia hanya membawa kepada dosa dan pembaziran masa. Perbincangan adalah medan terbaik memperkasakan perpaduan sesama rakyat.
Diharap pertemuan ini dapat direalisasikan agar rakyat mendapat faedah limpahan daripadanya. Apa yang penting persefahaman dan kata putus yang konstruktif yang mampu membawa masyarakat Malaysia umumnya dan Melayu khususnya ke tahap yang lebih baik kebajikannya. Tidak timbul pihak yang menang atau kalah dalam isu ini.
Jika kebajikan rakyat dan perpaduan rakyat ditingkatkan, kedua-dua pihak dianggap sebagai pemenang.

Langkah sedemikian juga dapat memantapkan kualiti perbincangan dengan peranan Pas akan lebih bermakna dalam pertemuan ini. Era politik berasaskan cemuhan dan mencari kesalahan pihak kerajaan perlu diubah. Pendekatan berasaskan pandangan konstruktif dan idealis perlu dimajukan.
Hubungan UMNO-Pas selama ini dicemari dengan emosi yang saling benci-membenci dan lebih bermatlamatkan kepada kepentingan politik. Perjumpaan ini diharap akan lebih membuka ruang meningkatkan kualiti hidup rakyat dan memperjuangkan isu yang berkaitan orang Melayu dan Islam serta rakyat seluruhnya.
Pas perlu bersifat lebih terbuka dalam berbincang berkaitan isu perpaduan. Bersifat rasional dan belajar berbincang ke arah kemajuan rakyat. Berkaitan kebajikan rakyat, cita-cita politik berasaskan pelan Pakatan Rakyat perlu diketepikan bagi memberi ruang percambahan idea bersama UMNO.
Saya yakin Pas tidak sanggup menggadaikan perpaduan orang Melayu semata-mata memenuhi tuntutan cita-cita Pakatan Rakyat.
Di pihak UMNO pula, perlulah memberi ruang secukupnya bagi Pas melontarkan hujah rasional mereka. Pihak UMNO selaku kerajaan perlu menjelaskan situasi sebenar yang dihadapi negara bagi merungkai kecelaruan persepsi pembangkang berkaitan pelbagai isu termasuk kenaikan harga minyak yang melanda seluruh dunia.
Perbalahan politik antara kedua-dua parti selama ini tidak menguntungkan rakyat dan ia hanya membawa kepada dosa dan pembaziran masa. Perbincangan adalah medan terbaik memperkasakan perpaduan sesama rakyat.
Diharap pertemuan ini dapat direalisasikan agar rakyat mendapat faedah limpahan daripadanya. Apa yang penting persefahaman dan kata putus yang konstruktif yang mampu membawa masyarakat Malaysia umumnya dan Melayu khususnya ke tahap yang lebih baik kebajikannya. Tidak timbul pihak yang menang atau kalah dalam isu ini.
Jika kebajikan rakyat dan perpaduan rakyat ditingkatkan, kedua-dua pihak dianggap sebagai pemenang.
Kembalikan Nostalgia PROTON
Tulisan Ini Telah disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 5 Aug 2008
Mohd Hafeez Nizam
Universiti Kebangsaan Malaysia
Proton baru-baru ini dengan jayanya telah mengeluarkan kereta yang ke-3 juta. Hal ini amat membanggakan rakyat Malaysia kerana memiliki sebuah syarikat yang mampu mengeluarkan kereta untuk keperluan domestik dan antarabangsa.
Perkembangan Proton dapat dilihat melalui evolusi modelnya yang hingga kini mampu menarik perhatian pembeli. Bermula dengan model Saga sehinggalah lahir Saga baru, Proton semakin matang penciptaannya.
Biarpun model seperti Waja, Pesona dan Saga BLM kini diibaratkan peneraju pasaran Proton, usaha ke arah mewujudkan nilai sentimental perlu ada dalam pengeluaran Proton terutamanya bagi model yang lama. Falsafah tidak wujud model baru jika tiada model lama perlu dijadikan pegangan.
Apa yang ingin saya kongsikan mungkin boleh dilaksanakan oleh Proton dalam mewujudkan keteguhan jenama, mencetuskan memori dan menghasilkan sesuatu yang unik dalam industri automotif negara.
Model Proton Saga asal iaitu Orion, Magma, Megavalve dan Knight merupakan asas dan ramuan ajaib yang telah membawa Proton sehingga hari ini.
Saya merasakan adalah wajar Proton mengeluarkan semula model-medel tersebut melalui pakej tambahan nilai. Tambahan nilai di sini membawa erti evolusi dan nafas baru terhadap model tersebut dengan mengekalkan bentuk asalnya.
Tambah nilai tersebut boleh dilakukan terhadap spesifikasi dan aksesori model tersebut yang mengikut trend semasa seperti navigasi GPRS, NGV, reka bentuk yang lebih sporty dan lebih mantap penampilannya.
Langkah ini bagi mewujudkan nilai sentimental terhadap model tersebut dan dalam menjayakan usaha ini, model-model tersebut perlulah dijadikan dalam pakej Model Terhad dan Model Istimewa. Proton Saga lama ini merupakan aset sejarah serta monumen bidang automotif negara.
Sekiranya ia dilaksanakan, generasi muda yang tidak berkesempatan memiliki dan merasai 'budaya Saga' dapat menikmatinya semula.
Sememangnya versi Saga Aeroback yang dilancarkan Proton sebelum ini diberikan nafas baru, namun ia tidak berlaku dalam segmen sedan dan kini adalah masa yang sesuai dalam mencetuskan imej Saga sebenar dengan sentuhan memorinya.

Sunday, November 28, 2010
Pengurangan Caj PTPTN, Satu Langkah Relevan
Tulusan Ini Telah Disiarkan oleh KOSMO pada 24 Jun 2008
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=0624&pub=Kosmo&sec=Akademi&pg=ak_03.htm
Pengurangan caj perkhidmatan ini akan menggalakkan graduan membayar tunggakan hutang mereka kerana kos tambahan daripada kadar caj telah berkurangan.
PERANAN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai penyumbang utama dana pendidikan tinggi negara sejak 1997 telah banyak membantu negara melahirkan graduan berkualiti. Perbadanan yang berfungsi sebagai pemberi pinjaman di peringkat pengajian tinggi ini merealisasikan aspirasi kerajaan dalam mewujudkan peluang yang sama rata bagi setiap pelajar melanjutkan pengajian di peringkat tetiari. Kecekapan pinjaman juga menjadi matlamat utama PTPTN dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang bagi menjana ekonomi negara.
Dalam usaha menjadi sebuah institusi kewangan yang memiliki sumber kewangannya sendiri bagi membiayai pinjaman pendidikan menjelang 2015, PTPTN berhadapan dengan isu caj perkhidmatan yang dikenakan ke atas peminjamnya. Langkah Kementerian Pengajian Tinggi menyemak semula kadar caj yang kini 3 peratus adalah wajar dan selari dengan situasi ekonomi negara yang kini berhadapan dengan inflasi serta kenaikan kadar bunga. Langkah ini akan membawa beberapa implikasi dan PTPTN seharusnya mencari mekanisme baru dalam menyediakan pinjaman kepada pelajar pengajian tinggi.
Langkah ini kelak semestinya mengurangkan beban peminjam dalam melangsaikan hutang mereka. Peminjam secara langsung akan menjelaskan bayaran ansuran yang rendah berbanding sebelumnya dan ini membantu mereka yang baru melangkah ke alam pekerjaan. Dengan purata pendapatan yang diterima sekitar RM1800 hingga RM2500 sebulan oleh graduan, pengurangan caj ini membolehkan mereka menabung untuk membina kehidupan dan membantu ibu bapa. Dengan caj dikenakan berasaskan baki berakhir setiap bulan, hal ini bermakna graduan terpaksa membayar sejumlah 36 peratus caj daripada baki pinjaman mereka setiap tahun dengan caj bulanan 3 peratus. Sekiranya semakan caj ini dilakukan dan berlakunya pengurangan sebanyak 50 peratus kelak, graduan hanya perlu membayar 18 peratus setahun bagi baki pinjaman mereka. Langkah ini jelas dapat mengurangkan beban graduan dalam merancang kewangan mereka.
Pengurangan caj ini juga akan membantu mengurangkan pinjaman tak berbayar (non performing loans) yang dihadapi oleh PTPTN dan akan menggalakkan graduan membayar tunggakan hutang kerana kos tambahan daripada kadar caj telah berkurangan. Kadar caj sebanyak 3 peratus sebulan ini dilihat agak tinggi kepada graduan yang baru memulakan kerjaya dan faktor ini mungkin salah satu sebab peminjam liat melangsaikan hutang mereka. Sekiranya pengurangan caj ini dapat menggalakkan pembayaran pinjaman, kecekapan pinjaman akan dapat dipertingkatkan dan matlamat PTPTN sebagai pembiaya kewangan pendidikan tinggi secara efisien akan tercapai.
Namun langkah ini sekiranya dilaksanakan mungkin akan mewujudkan kos kepada kerajaan dari aspek subsidi yang terpaksa ditanggung. Dana PTPTN umumnya diperoleh daripada kerajaan dan kerajaan memperoleh dana ini secara pinjaman daripada institusi tertentu seperti KWSP dan sebagainya. Langkah pengurangan caj ini akan mewujudkan tambahan pembayaran subsidi bagi pihak kerajaan dan akan menjejaskan kewangan kerajaan. Apa yang pasti, sekiranya pengurangan sebanyak 50 peratus caj perkhidmatan tersebut dilakukan maka sebanyak 1.5 peratus tambahan subsidi perlu ditanggung oleh pihak kerajaan. Isu ini mungkin membawa implikasi yang kecil, namun dalam usaha kerajaan mewujudkan kecekapan pengagihan subsidi, perkara ini perlu dipertimbangkan semula.
Dalam usaha memajukan sistem pendidikan negara melalui pembiayaan pendidikan tinggi, beberapa usaha yang telah dan perlu diambil akan membantu PTPTN lebih cekap memainkan peranannya. Pemilikan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai satu pra syarat bagi menerima pinjaman merupakan satu langkah bijak kerana ia melibatkan penyertaan tabungan ibu bapa dalam membiayai pendidikan anak-anak mereka.
Selain itu, PTPTN juga boleh mempertimbangkan aplikasi sistem kewangan Islam dalam memberi pinjaman kepada mahasiswa. Skim pinjaman Al-Qardh ul-Hasan boleh diperkenalkan bagi pelajar melanjutkan pengajian mereka. Skim ini mewujudkan keseimbangan di antara pembiaya dan peminjam. Aplikasi Wakaf Tunai juga boleh dikembangkan dan sekiranya hal ini berjaya, PTPTN secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan kewangan Islam di Malaysia. Dalam usaha PTPTN menjadi institusi pembiaya pendidikan terulung, kerjasamanya dengan pihak swasta boleh digiatkan dalam mengumpul dana. Kerjasama berbentuk timbal balas boleh diwujudkan bagi meningkatkan jaringan industri dalam kalangan pelajar.
Melalui kerjasama ini, pelajar yang menerima pembiayaan PTPTN akan diserap di syarikat kerjasama PTPTN. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kes siswazah menganggur.
Skim pembayaran diskaun mengikut kelas ijazah juga wajar diwujudkan bagi menggalakkan mahasiswa mencapai gred yang baik dalam pengajian mereka. Dasar ini juga merupakan satu motivasi bagi para pelajar di bawah pembiayaan PTPTN dalam mencapai kejayaan yang cemerlang.
Dalam usaha memperkasakan sistem pendidikan tinggi negara dan melahirkan modal insan yang cemerlang, peranan PTPTN tidak boleh dinafikan selaku pembiaya kewangan.
Langkah pengurangan caj perkhidmatan yang dicadangkan ini akan membawa beberapa implikasi. Justeru, langkah menang-menang perlu dicari dalam usaha mewujudkan kecekapan pinjaman dan melahirkan graduan yang terbilang.

Wednesday, November 24, 2010
Sokong Sejarah subjek wajib
Sokong Sejarah subjek wajib
Nama Penulis: Mohd Hafeez Mohd NizamTulisan ini telah disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 15 Oct 2008
CADANGAN Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadikan Sejarah sebagai subjek wajib bagi pelajar sekolah rendah adalah relevan dan tepat pada waktunya. Dengan perlaksanaan dasar ini, ia akan membawa kebaikan kepada pembangunan modal insan negara.
Subjek Sejarah merupakan identiti kepada pembangunan sesebuah negara bangsa yang pastinya amat penting dalam memastikan kelangsungan pembangunan yang berterusan.
Kenyataan 'orang yang tidak menghayati sejarah akan melakukan kesalahan yang sama berulang kali' merupakan ungkapan yang jelas menunjukkan kepentingan subjek Sejarah kepada pembangunan pelajar yang cemerlang dari aspek penilaian akademik dan sahsiah dirinya.
Dengan Sejarah menjadi subjek wajib di peringkat sekolah rendah, ia mampu menjadi permulaan bagi pelajar belajar menghayati erti sebenar kehidupan yang kita jalani kini. Pendedahan awal yang diberikan akan mampu membuatkan pelajar menghargai erti asas dalam kehidupan terutamanya dalam aspek perpaduan, kenegaraan dan cintakan negara.
Dengan masyarakat yang berbilang kaum, pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan dan ditambah dengan kewujudan sekolah wawasan, ia merupakan ejen perpaduan yang mampu memantapkan keharmonian negara. Dengan matlamat menjadikan pendidikan sebagai ejen perpaduan rakyat, pengenalan subjek Sejarah di sekolah rendah dilihat mampu menjadi mekanisme bagi memantapkan agenda perpaduan di kalangan rakyat majmuk di Malaysia terutamanya di peringkat anak kecil.
Agenda perpaduan ini dilihat lebih mujarab dengan pendedahan yang ditekankan di peringkat sekolah rendah.
Pengenalan subjek Sejarah di sekolah rendah juga dilihat mampu menjana murid yang tahu menilai erti cintakan negara dengan penghayatan sejarah dalam bentuk yang lebih formal iaitu melalui pendidikan di sekolah.
Era globalisasi yang melanda seluruh dunia telah membuatkan lapisan masyarakat terutamanya anak muda mudah terdedah dengan pembaharuan budaya berteraskan Barat. Perkara ini secara tidak langsung akan melunturkan semangat kenegaraan dan dikhuatiri akan menghakis penghayatan budaya sebenar sesebuah negara dan bangsa.
Dengan adanya pendedahan awal yang bercorak kebudayaan dan kenegaraan dalam subjek Sejarah, ia mampu menjadi pelindung dan penapis dalam membangunkan anak bangsa di Malaysia.
Dengan cara ini agenda globalisasi sebenar dalam jangka panjang akan dapat kita capai dengan lebih cemerlang dengan beracukan budaya Malaysia.
Diterap
Aspek penghargaan perpaduan dan menghormati budaya bangsa lain akan berjaya diterap dalam minda pelajar melalui pendidikan sejarah di sekolah rendah.
Subjek Sejarah yang menekankan pengorbanan dan perjuangan orang lama akan membuatkan anak muda sedar bertapa besarnya pengorbanan mereka untuk membawa sesebuah negara sehingga ke tahap ini.
Dengan kesedaran yang mula dipupuk di bangku sekolah, ia akan mampu melahirkan pelajar yang menghargai perpaduan dan toleransi antara kaum.
Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun secara progresif dengan rakyat berbilang kaum, pemahaman sejarah yang mendalam adalah amat penting dalam mewujudkan kesefahaman dan perpaduan.
Dalam usaha menerapkan sejarah sebagai subjek wajib sekolah rendah, Kementerian Pelajaran perlu merangka kurikulum yang mantap dengan menekankan aspek pembelajaran secara komprehensif dengan aspek pendidikan dalam kelas, aplikasi dan aktiviti luar kelas diseimbangkan.
Sejarah boleh diajar dalam kelas dengan berteraskan peperiksaan (examination oriented) dan dalam masa yang sama aspek tambahan seperti kerja kursus dan lawatan sambil belajar dilihat relevan dalam menarik minat pelajar menghayati erti sebenar sejarah.
Aktiviti pembelajaran sejarah kepada anak murid juga mungkin boleh difokuskan dengan aspek penceritaan sejarah diterapkan dengan cara yang lebih menarik seperti melalui tayangan video dan aktiviti yang menyeronokkan, sesuai dengan usia pelajar sekolah rendah.
Sejarah merupakan identiti kepada agama, bangsa dan negara. Sejarah juga menunjukkan jatuh bangun sesebuah tamadun dan sejarah juga cermin pembangunan negara dan bangsa untuk masa hadapan.
Sewajarnya anak muda terutamanya di peringkat sekolah rendah dipenuhkan dengan ilmu yang bermanfaat ini untuk kesinambungan pembangunan agama, bangsa dan negara.
Semakan harga petrol ringankan beban rakyat
Semakan harga petrol ringankan beban rakyat
Mohd. Hafeez Mohd. NizamUKM, Bangi
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0814&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm
Pengenalan harga runcit petrol baru bermula Jun lalu telah menjurus kepada penilaian harga yang berasaskan harga pasaran. Cadangan kerajaan menyemak harga pasaran petrol setiap bulan mungkin akan membuatkan harga petrol di Malaysia diturunkan bergantung kepada harga pasaran dunia.
Semakan ini secara langsung dapat meringankan beban rakyat dalam menghadapi musim perayaan yang akan menjelang dan pembukaan sesi persekolahan akan datang. Polisi ini mampu membawa kepada kebajikan rakyat dan mewujudkan kecekapan pengagihan sumber subsidi.
Namun, cadangan ini juga akan mewujudkan beberapa implikasi yang akan mempengaruhi corak pasaran petrol itu sendiri dan pasaran barang serta sektor perkhidmatan. Semakan harga yang dilakukan setiap bulan memungkinkan berlakunya kenaikan atau penurunan harga.
Penurunan harga sememangnya akan membantu mengurangkan beban rakyat, namun, sekiranya berlakunya kenaikan, kerajaan perlu memikirkan mekanisme sesuai bagi menangani isu kenaikan harga barang akibat kenaikan harga petrol tersebut.
Dalam menangani kesan rantaian tersebut, kementerian perlu mengawal dan memantau peniaga-peniaga yang akan mengambil kesempatan pada kenaikan tersebut.
Pada pandangan saya, kaedah semakan harga bulanan tersebut berdasarkan harga purata bulanan boleh dijadikan alat mewujudkan kecekapan pengagihan subsidi dan kecekapan penggunaan petrol berdasarkan beberapa pendekatan.
Penyelarasan harga boleh dilakukan berasaskan isian kebuk kenderaan dengan pemilik kenderaan berkuasa kecil diutamakan penerimaannya. Harga yang murah selepas semakan hanya akan dinikmati bagi pemilik kenderaan berkuasa kecil memandangkan mereka memerlukan bantuan sewajarnya.
Pemilik kenderaan berkuasa besar hanya akan menerima harga yang rendah apabila berlakunya penyelarasan harga yang besar.
Langkah dilihat mampu mewujudkan kecekapan penggunaan dalam masa yang sama mampu menstabilkan kebajikan pengguna majoriti.
Hal ini bermakna perbezaan pembayaran harga runcit dan harga pasaran oleh golongan yang mengunakan kenderaan berkuasa besar akan digunakan untuk membantu sektor yang lebih memerlukan seperti pengangkutan dan perhubungan dalam usaha mengurangkan beban kewangan dan mengawal harga perkhidmatan tersebut.
Golongan yang berpendapatan tinggi yang sinonim dengan kereta berkuasa besar dilihat mampu menyerap harga sekarang iaitu RM2.70 seliter dan golongan yang berpendapatan rendah yang mengunakan kereta berkuasa kecil lebih memerlukan semakan harga yang memihak kepada mereka.
Satu pangkalan data khas mungkin boleh diwujudkan di dalam MyKad pembeli petrol ini dengan menerangkan bilangan kenderaan yang dimilikinya.
Saya juga berpendapat penyelarasan harga ini juga dipertimbangkan mengikut bilangan kenderaan yang dimiliki oleh setiap individu. Hal ini bermakna setiap keluarga hanya akan menikmati harga yang rendah berdasarkan maksimum dua buah kereta dan sebuah motosikal bagi setiap keluarga.
Sewajarnya semakan harga yang dicadangkan dinilai bersama-sama tingkat pendapatan penggunanya berserta isian kebuk kenderaan yang digunakan. Mungkin dalam jangka panjang kriteria jarak perjalanan yang mewakili keperluan perjalanan dan penggunaan dimasukan sebagai pemboleh ubah penetapan harga petrol.
Cara ini dilihat lebih praktikal dan efisien dalam mewujudkan kelestarian penggunaan bahan bakar dan merupakan mekanisme menang-menang dalam membantu menyetarakan beban kewangan rakyat dengan golongan berpendapatan tinggi membantu golongan berpendapatan rendah.
Perkukuh B. Inggeris Dahulu
Perkukuh b. Inggeris dahulu
MOHD. HAFEEZ MOHD. NIZAM
Bandar Sri Permaisuri, Cheras
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0916&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm
DASAR kerajaan memperkenalkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bermula pada tahun 2003 banyak menghasilkan pandangan yang membina dan menyokong, tidak kurang pula dengan mereka yang membangkang syor yang kini telah hampir enam tahun dilaksanakan.
Pada pandangan saya, polisi tersebut adalah langkah bijak dalam melahirkan daya kompetitif di kalangan pelajar yang seharusnya lebih kehadapan dalam menguasai bahasa Inggeris.
Namun apabila berhujah atas dasar semangat bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu, timbul pula soal lain di mana kelihatan seolah-olah bahasa ibunda Tanah Melayu seperti tidak layak menjadi bahasa pengantara Sains dan Matematik. Biar apa pun yang dipersoalkan, langkah proaktif perlu diambil bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam kedua-dua subjek tersebut.
Sebagai seorang guru, saya melihat pelajar mempunyai satu masalah asas dalam menguasai Sains dan Matematik. Minat pelajar yang kurang terhadap subjek-subjek tersebut membuatkan mereka mendapat gred yang rendah. Hal ini didorong oleh sikap pelajar itu sendiri umumnya.
Apabila Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris, hal ini merupakan satu 'malapetaka' kepada pelajar yang lemah dalam subjek tersebut ditambah dengan penguasaan bahasa Inggeris yang lemah.
Dalam hal ini saya merasakan perkara asas dalam polisi pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris perlu diperhalusi. Apa yang penting dalam menjayakan hal ini ialah dengan melengkapkan pelajar dengan asas pengetahuan bahasa Inggeris yang jitu.
Kebanyakan pelajar terutamanya pelajar luar bandar dilihat kurang mahir dari aspek asas bahasa Inggeris iaitu makna sesuatu perkataan. Apabila perkara asas ini dikatakan lemah, hal ini akan mendorong pelajar lemah dalam menguasai subjek Sains dan Matematik kerana tidak mahir aspek nahu perkataan ditambah dengan kelemahan mereka dalam subjek tersebut.
Dalam meneliti kerangka dasar pendidikan negara yang kini diguna pakai, beberapa strategi dilihat mampu membantu pelajar mendapat gred yang baik dalam subjek Sains dan Matematik beserta bahasa Inggeris.
Pertamanya, mata pelajaran Sains dan Matematik perlulah dijadikan budaya dalam kehidupan seharian dengan cara menyemai minat mencintai mata pelajaran tersebut. Skop ruang lingkup pelajar perlu diperluas dengan cara mempromosi bidang sains dan matematik dalam kehidupan seharian.
Sebagai contoh pelajar tingkatan empat dan lima, hanya pelajar dari jurusan sains meminati subjek tersebut dan pelajar golongan aliran sastera dilihat kurang berminat.
Hal ini kerana peluang aplikasi seperti eksperimen makmal dan praktikal hanya menjurus kepada pelajar aliran sains dengan peluang yang sedikit diberikan kepada pelajar aliran sastera. Hal ini membuatkan pelajar aliran sastera berasa Sains dan Matematik bukan subjek yang menyeronokkan untuk dikuasai.
Hal ini jika diteruskan akan membuatkan jurang Sains dan Matematik dan makin melebar antara golongan pelajar aliran sains dengan sastera. Jika dibiarkan, hal ini akan merugikan pelajar sastera umumnya. Ketidakadilan pengetahuan berlaku di mana hak mempelajari sains dan matematik untuk kehidupan bukan terhad untuk pelajar aliran sains semata-mata.
Keduanya, subjek English in Science and Technology (EST) diwujudkan bagi menyokong pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Namun, subjek ini hanya untuk pelajar aliran sains. Dasar ini sekali lagi merugikan pelajar aliran Sastera kerana mereka sewajarnya mempelajari subjek ini kerana keperluan mereka dilihat lebih memerlukan bagi meningkatkan pemahaman dan penguasaan dalam istilah sains.
Pelajar aliran sains semestinya mahir dalam subjek Sains dan Matematik dan atas dasar itu mereka terhimpun dalam bidang sains, maka fokus pemerkasaan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris perlu diberi pemberat yang besar kepada pelajar aliran sastera.
Dalam memperkasakan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, saya merasakan penguasaan asas dalam bahasa pengantar iaitu bahasa Inggeris perlu dijadikan agenda yang utama bagi melahirkan sarjana sains dan matematik yang hebat untuk negara.
Strukturkan Semula Rebat Tunai
Strukturkan semula rebat tunai
MOHD. HAFEEZ MOHD. NIZAMUniversiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
SYOR yang dikemukan seorang ahli Parlimen di Dewan Rakyat, kelmarin mengenai kewajaran meningkatkan nilai bantuan rebat tunai kenderaan ini adalah langkah bijak dalam meringankan beban rakyat.
Langkah ini juga dilihat lebih praktikal dan efisyen kerana ia sememangnya sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban kewangan rakyat dengan kerajaan sanggup berkorban sebanyak RM5 billion setahun melalui pemberian rebat.
Apa yang ingin saya kongsikan ialah bentuk dan corak penggagihan rebat yang barangkali mungkin boleh dipertimbangkan oleh kerajaan. Pemberian RM625 kepada pemilik kereta di bawah isian kebuk 2000cc dan RM125 kepada pemilik motosikal dengan isian kebuk bawah 250cc ini hanya mengambil kira kuasa enjin kenderaan sahaja sedangkan banyak pembolehubah lain yang relevan perlu dinilai dalam mekanisme penyaluran rebat ini.
Dalam isu ini juga golongan minoriti penguna petrol juga dilihat terpinggir daripada menerima rebat tunai ini dan mereka terpaksa membayar petrol dengan harga tinggi. Peniaga pasar malam yang menggunakan generator, pemotong rumput dan isi rumah yang masih mengunakan generator sebagai sumber tenaga alternatif menerima kesan yang agak besar.
Pemberian rebat terhadap golongan ini juga dilihat perlu memandangkan mereka juga secara langsung menerima kesan kenaikan harga minyak tempoh hari.
Berkaitan dengan rebat tunai ini, pembolehubah pendapatan isi rumah, kadar keperluan penggunaan petrol purata, bilangan tanggungan perlu diambil kira berserta dengan jenis kenderaan yang digunakan. Cara ini akan mewujudkan kecekapan pemberian rebat yang lebih tinggi. Apa yang penting kini mekanisme perlaksanaannya dan aplikasi Mykad dilihat sebagai cara terbaik.
Asas isian kebuk kenderaan juga perlu dilihat secara mengkhusus dengan mewujudkan keterbezaan pemberian rebat. Umumnya golongan berpendapatan rendah sinonim dengan kenderaan berkuasa kecil dan mereka lebih memerlukan rebat sewajarnya. Maka, nilai bantuan perlu lebih diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Kerajaan mungkin boleh membezakan kapasiti enjin kereta bermula 660cc sehingga 1500cc dan 1501cc sehingga 2000cc. Nilai rebat bagi kedua-dua kumpulan kenderaan ini dibezakan dengan nilai rebat lebih menguntungkan pemilik kenderaan berkapasiti enjin rendah secara relatifnya.
Pemberian rebat juga boleh digunakan oleh kerajaan sebagai strategi melariskan jualan kenderaan nasional. Pemilik kereta nasional mungkin boleh menerima insentif tambahan memandangkan pengguna kereta nasional biasanya datang daripada golongan sederhana. Cara ini dilihat dapat merancakkan jualan kenderaan kereta tempatan.
Sistem pengurusan subsidi kini yang lebih menekankan aspek kecekapan penggunaan adalah amat bersesuaian dalam usaha negara mencapai kelestarian penggunaan sumber. Sebagai pengguna kita harus bijak merancang penggunaan dan agihan bantuan kerajaan perlu lebih berkesan.
Dilema pelan perniagaan ala jutawan
MOHD. HAFEEZ MOHD. NIZAM
Cheras
Cheras
Biarpun kini dilihat kurang kedengaran namun saya percaya skim ini masih bergiat namun dalam skala kecil dan lebih berhati-hati dengan menggunakan modus operandi yang sedikit unik.
Pada pengamatan saya, pengusaha skim tersebut memfokuskan kumpulan sasar tertentu terutamanya suri rumah, golongan berpendapatan sederhana rendah, peniaga kecil-kecilan, pelajar universiti dan golongan yang terdesak serta tiada kesabaran ingin menjadi jutawan segera.
Biarpun kita kini menghadapi peningkatan kos sara hidup, namun, harus diingat sebagai seorang manusia lebih-lebih lagi orang Islam, isu penting dalam bermuamalah mengikut lunas Islam tidak harus diketepikan.
Dalam memenuhi keperluan dan kehendak, pengguna seharusnya berkelakuan rasional dalam membuat pertimbangan melibatkan diri dalam sesuatu usaha modal pelaburan. Dalam hal ini, lebih jelas semua pelaburan yang dibuat mestilah realistik dan bersesuaian dengan hukum ekonomi yang waras.
Lebih penting lagi perlulah diutamakan aspek pendapatan yang halal dengan menjauhi segala unsur pelaburan yang berbentuk gharar (ketidakpastian), syubahah dan maisir (unsur judi).
Apa yang dapat dilihat, penganjur skim berbentuk piramid kini telah bijak memanipulasi strategi bagi membuatkan skim mereka 'halal' dari hukum syarak dengan memasukkan unsur barang jualan sebagai asas sesebuah organisasi piramid.
Seseorang up-line perlu mencari down- line bagi membolehkan mereka mendapat bonus atau pulangan seperti pangkat dalam organisasi dan percutian yang hebat.
Jika dilihat dalam senario ini, adakah wajar seseorang up-line menerima begitu banyak habuan sedangkan usaha tersebut hanya sekadar bantuan motivasi kepada ahli dan pihak down-line yang berhempas-pulas mencari ahli baru?
Dalam isu ini wajarlah bertanya kepada bijak pandai agama dalam menentukan kesahihan skim menurut perspektif Islam.
Apa yang dikhuatiri dalam hal ini ialah berlakunya penindasan dan kezaliman tidak nyata kepada ahli bawahan yang rata-rata begitu mengharap mengikuti idola mereka iaitu up-line.
Secara umumnya hal ini jelas menunjukkan unsur piramid tetapi unsur tersebut dipasarkan bersama dengan produk.
Maka sebagai pengguna wajarlah kita mempertimbangkan asas rasional sesebuah pelan perniagaan yang dijanjikan.
Jangan kita terlalu mengharapkan pulangan berganda dengan usaha yang kita tidak pasti ia mampu meningkatkan kebajikan semua ahli dalam sesebuah pelan pemasaran dan perniagaan produk pelaburan tersebut.
Ikon bagi skim pelaburan ini biasanya mudah dikenal pasti dan biasanya dikenali dengan kereta mewah hasil usaha mereka, pakej percutian luar negara dan rumah banglo yang tersergam indah untuk tatapan ramai.
Dalam hal ini, kita berbangga kerana ramai daripada mereka merupakan usahawan bumiputera dan kebanyakannya Islam. Namun, cara hidup mereka yang berubah ini dengan bersikap berlebih-lebih dengan material dikhuatiri akan membuatkan mereka lupa siapa yang membantu mereka dalam mengecapi kejayaan tersebut kalau bukan down-line mereka.
Mungkin sikap boros tersebut boleh dijimatkan dalam membantu lebih banyak lagi insan yang lebih memerlukan bantuan sewajarnya dalam keadaan ekonomi yang mencabar kini.
Kejayaan bukan sahaja diukur pada kemewahan tetapi kepada berapa tinggi semangat kita membantu usahawan lain.
Sebagai pengguna bijak dan pelabur yang berwawasan, gunakan saluran yang benar bagi memastikan pelan yang diceburi menguntungkan semua pihak tanpa ada pengumpulan kekayaan oleh segelintir pihak. Hidup perlu bantu membantu.
Perkukuh ekonomi umat Islam
Nama Penulis: Mohd Hafeez Mohd Nizam
Disiarkan Oleh Utusan Malaysia Pada 28 Jan 2009
Disiarkan Oleh Utusan Malaysia Pada 28 Jan 2009
Serangan Israel terhadap Palestin sememangnya suatu pencerobohan yang wajar dikutuk sepenuhnya. Badan antarabangsa yang bertanggungjawab seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) dan lain-lain perlu segera membentangkan perancangan dengan mengambil tindakan tegas terhadap Israel dan sekutunya.
Tindakan memboikot barangan keluaran Yahudi dan Amerika Syarikat memang wajar dilakukan sebagai tanda protes dan simpati kita terhadap serangan yang tidak berperikemanusiaan.
Apabila isu boikot diketengahkan, secara peribadi saya menyokong langkah tersebut sebagai usaha memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia betapa pentingnya semangat perjuangan.
Dari sudut ekonomi, usaha memboikot barangan keluaran Yahudi dan Amerika Syarikat perlu dilihat dari perspektif yang lebih meluas.
Ini meliputi penggantian dengan barangan tempatan, kesediaan pengguna memboikot serta peluang yang wujud sebagai usahawan Islam dalam mempelbagaikan keluaran produk yang dapat menandingi kualiti barangan Barat.
Pemboikotan barangan import dilihat sedikit sebanyak sebagai langkah protes di kalangan umat Islam di negara ini. Namun ia tidak sedikit pun menjejaskan pasaran Barat, terutamanya barangan keperluan yang telah lama menjadi sinonim dengan rakyat tempatan.
Usaha memboikot ini perlu dilakukan secara total oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia jika kita benar-benar mahu menyedarkan rejim Barat.
Jika hanya kita rakyat Malaysia yang berjumlah 26 juta bergerak secara solo nescaya matlamat pemboikotan ini tidak berjaya.
Kesediaan dan kesedaran pengguna dalam memperjuangkan isu boikot juga menjadi satu perkara utama dalam memastikan isu boikot barangan keluaran Israel dan Amerika Syarikat memberi kesan kepada kedua-dua negara tersebut.
Aspek kesediaan dan kerelaan pengguna dalam menjayakan isu boikot ini amat berkait rapat dengan aspek penggantian sempurna dalam pasaran.
Penggantian sempurna ini merupakan keupayaan barangan tempatan menjadi pengganti barangan keluaran negara yang diboikot.
Dalam hal ini, negara Islam telah sekian lama bergantung kepada barangan keperluan Barat yang sememangnya berjaya membina persepsi pasaran dengan membentuk minda masyarakat bahawa kualiti adalah asas utama dalam menembusi pasaran.
Sebagai umat Islam yang berpegang kepada konsep persaudaraan yang menebal dan peka dengan isu semasa, penggerak ekonomi dalam sistem ekonomi Islam perlu segera memajukan produk keluaran Islam yang berjaya menandingi keluaran Barat.
Tidak guna kita membincangkan isu boikot sekiranya kita sebagai umat Islam masih lemah mewujudkan barangan pengganti sempurna terhadap barangan boikot.
Jika ia tidak berlaku dalam jangka masa panjang, ia akan merugikan pengguna Islam sendiri kerana kos mengimport semakin meningkat dan kita kekal bergantung harap dengan keluaran Barat.
Sudah tiba masanya usahawan Islam meneroka pengeluaran barangan secara komersial dan setaraf dengan kualiti Barat. Peluang yang wujud ini merupakan jihad kerana sekiranya kita mampu memenuhi keperluan umat Islam yang lain, ia sudah cukup membanggakan.
Kewujudan banyak barangan pengganti dalam pasaran membolehkan banyak pilihan oleh umat Islam, sekali gus mampu memenuhi keperluan umat Islam. Juga ia dapat membantu menjayakan usaha memboikot barangan Barat.
Dalam kita menjayakan usaha memboikot, persoalan yang timbul, adakah boikot akan membuatkan pengguna tempatan mempunyai pilihan gantian lebih baik daripada barangan yang diboikot?
Adakah boikot mampu mencetuskan semangat memperkukuhkan keluaran usahawan Islam secara tidak langsung? Adakah boikot mampu menjamin keperluan rakyat terjamin dengan keadaan pasaran yang stabil?
Persoalan di atas wajar dijadikan perangsang kepada usahawan Islam dan kerajaan mewujudkan kepelbagaian produk bagi menandingi produk Barat.
Saya yakin kita mampu membawa gelombang perubahan dengan adanya semangat kental dan berpaksikan Islam sebagai asas perjuangan.
MOHD. HAFEEZ MOHD. NIZAM
Bandar Seri Permaisuri, Cheras

Selamat kembali Tun Mahathir
Nama Penulis: Mohd Hafeez Mohd Nizam
Disiarkan Oleh Utusan Malaysia pada 11 Sept 2008
Sumber : Utusan Malaysia (11/9/2008)
Disiarkan Oleh Utusan Malaysia pada 11 Sept 2008
Langkah yang diambil oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin dengan mendekati bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat untuk menyertai semula UMNO merupakan satu langkah bijak ke arah memperkasakan UMNO umumnya dan menambah baik perpaduan orang Melayu.
Kemasukan semula Dr. Mahathir dalam UMNO perlu dilihat dalam konteks di mana beliau mampu membantu melancarkan lagi usaha UMNO membuat pembaharuan dengan nafas baru yang selari dengan tuntutan politik semasa.
Pengalaman Dr. Mahathir sebagai seorang negarawan dan pejuang bangsa tidak ternilai jitunya dengan pengabdian beliau memperjuangkan nasib bangsa dan menjadi arkitek utama permodenan Malaysia satu ketika dahulu.
Legasi Dr. Mahathir adalah jelas dalam memastikan pembangunan negara selari dengan tuntutan perpaduan dan melahirkan golongan masyarakat yang progresif.
Dengan pengalaman sebagai seorang negarawan yang menjawat jawatan perdana menteri selama 22 tahun, seluruh rakyat Malaysia telah menyaksikan Tun Dr. Mahathir begitu mahir dan cekap mentadbir negara.
Lihat saja aspirasi beliau melalui Wawasan 2020 yang jelas menunjukkan Dr. Mahathir seorang negarawan yang berjaya menyediakan pelan jangka panjang bagi pertumbuhan ekonomi, sosial dan masyarakat berserta kerangka sosial dalam memartabatkan rakyat dan negara Malaysia.
Kebanyakan dasar ekonomi dan pentadbiran Malaysia diperkenalkan oleh Dr. Mahathir ketika era pemerintahannya. Kemasukan semula Dr. Mahathir ke dalam UMNO dilihat mampu menjadi penasihat atau sumber rujukan bagi pemerintahan sekarang dan akan datang.
Kemasukan semula Dr. Mahathir pasti akan menjadi buah mulut segelintir ahli politik terutamanya pembangkang dalam menafikan hak UMNO menerima semula Tun dan kewajaran UMNO menerimanya semula.
Dalam membahaskan hal ini, hujah asas bagi Dr. Mahathir menyertai UMNO perlu dilihat dalam konteks memperkasakan UMNO dan mewujudkan kestabilan dalam parti berserta sebagai ejen perpaduan pemimpin Melayu masa kini.
Pengalaman Tun dilihat amat berharga dan mampu sedikit sebanyak menambah baik perjalanan parti UMNO.
Kemasukan semula Dr. Mahathir ke dalam UMNO menunjukkan beliau seorang pejuang bangsa dan agama sejati dalam merealisasikan impian dan menjadi ikon kepada bangsa melayu era moden kini.
Suara sumbang pembangkang yang akan mengkritik tindakan Dr. Mahathir menyertai semula UMNO tidak ubah seperti seorang yang penakut kerana pengalaman beliau mampu membuatkan kedudukan mereka tercabar dalam konteks hujah retorik yang mereka perjuangkan selama ini.
Sebagai ahli UMNO khususnya dan ahli komponen Barisan Nasional, kemasukan semula Dr. Mahathir diharap mampu menambah baik kualiti perjalanan parti masing-masing melalui pengaruh Tun dalam melontarkan kritikan dan hujah membina.
Anggaplah Tun. Dr Mahathir sebagai seorang bekas "Arkitek Politik dan Permodenan Malaysia" yang banyak pengalaman dan jasa baktinya.
Apa yang penting dilihat mampu dijana setelah kemasukan Tun Dr. Mahathir kelak ialah sebagai ejen perpaduan di kalangan ahli politik terutamanya perpaduan dalam UMNO itu sendiri.
Badai 8 Mac 2008 telah membuatkan ahli UMNO dan pemimpin UMNO berada dalam fasa krisis keyakinan. Diharap pengaruh dan pengalaman Dr. Mahathir mampu membawa perpaduan kepada orang Melayu khususnya dan masyarakat majmuk Malaysia umumnya ke tahap yang lebih baik.
Sebagai seorang anak muda dan rakyat Malaysia, saya menyokong penuh kemasukan semula Dr. Mahathir dalam UMNO demi kebajikan UMNO dan manfaat limpahan ke seluruh lapisan rakyat Malaysia. Pandangan saya pastinya senada dengan kesemua ahli UMNO yang lain. Selamat Berjuang Tun Dr. Mahathir Mohamad.
MOHD. HAFEEZ MOHD. NIZAM
Bandar Sri Permaisuri Kuala Lumpur
Sumber : Utusan Malaysia (11/9/2008)
Program Usahawan Siswa Lebih Praktikal
Nama Penulis: Mohd Hafeez Mohd Nizam
Disiarkan Oleh Utusan Malaysia pada 3 July 2008
Disiarkan Oleh Utusan Malaysia pada 3 July 2008
Program Usahawan Siswa Lebih Praktikal
3 JULAI 2008 - UTUSAN MALAYSIA
ISU kebenaran membuka kafe francais di IPT perlu dilihat secara mendalam kerana ia akan melibatkan kesan kepada banyak pihak.
Idea pembukaan kafe francais dalam usaha membendung pelajar lepak di luar universiti dilihat tidak relevan. Dalam isu ini, peraturan universiti perlu dirombak semula bagi mengawal keluar-masuk pelajar dan bukannya mewujudkan kafe francais yang akan menggalakkan pelajar membazir.
Pelajar universiti biasanya keluar kampus untuk makan malam kerana beberapa faktor. Antaranya, harga makanan di warung lebih berpatutan dan biasanya pelajar mendapat diskaun.
Tambahan pula, peniaga luar menyediakan perkhidmatan Astro bagi pelajar menonton rancangan bola sepak. Hal ini merupakan faktor utama pelajar keluar dari kampus.
Cadangan pembukaan kafe francais perlu dilihat dari aspek manfaat limpahan yang bakal diterima. Usaha ini tidak melahirkan pelajar bersemangat keusahawanan sebaliknya akan melahirkan pelajar yang hanya tahu berbelanja.
Dalam usaha memperkasakan mahasiswa dan melahirkan usahawan terbilang, pihak universiti boleh memikirkan usaha yang lebih konstruktif dalam melahirkan mahasiswa berdaya saing.
Program keusahawanan mungkin boleh diperbanyakkan lagi dengan mengambil kira penyertaan pelajar. Pelajar akan menerima bantuan dana daripada universiti untuk berniaga di lokasi tertentu dalam kampus seperti di pusat serbaguna di setiap kampus. Penglibatan pelajar adalah melalui kelab- kelab yang ada di universiti. Dengan cara ini, pelajar akan belajar cara memulakan perniagaan dan dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi mereka. Gejala lepak di luar kampus juga mungkin berkurangan.
Pihak universiti juga mungkin boleh melabur sedikit wang dalam membina pusat tayangan yang dilengkapi Astro bagi mengelakkan pelajar keluar kampus semata- mata ingin menonton perlawanan bola sepak. Pelajar akan lebih berdisiplin dan gejala tidak sihat serta pergaulan bebas di luar kampus mungkin dapat dielakkan.
Kemudahan WiFi yang digembar-gemburkan sebagai manfaat yang bakal diterima dilihat tidak dapat meningkatkan daya intelektual pelajar. Perkhidmatan Internet di kafe tersebut akan lebih menggalakkan pelajar menyertai ruangan sembang atas ta- lian dan mengakses laman web berasaskan jaringan persahabatan.
Perkhidmatan WiFi di perpustakaan dilihat lebih praktikal bagi pelajar mengakses bahan maklumat untuk pendidikan.
Usaha serampang dua mata perlu diterapkan dalam kes ini bagi memperkasa mahasiswa ke arah kejayaan yang lebih cemerlang. Kerjasama pihak universiti dan kerajaan dapat menambah baik mahasiswa dalam jangka panjang.
MOHD. HAFEEZ MOHD. NIZAM
UKM, Bangi
Subscribe to:
Posts (Atom)